Hilang
"Kalau bukan sebab banyak penyakit sekarang ni, dah lama Mama pergi bercuti. Menghilang sekejap. Tapi Sara tak boleh ikut." kata Mama tiba-tiba. Memecah kesunyian di dalam kereta.
Sara diam.
Dia berfikir-fikir sendiri. Seingat Sara, seawal umur enam tahun, Sara dah mula memahami apa yang berlaku di sekeliling dia. Sara ingat lagi ada satu hari, masa itu Sara di sekolah rendah lagi. "Mama beritahu ni sebab Sara dah besar. Sara dah boleh bezakan mana yang baik atau tak."
Dan apa yang Mama cerita selepas itu membuatkan hampir semua "why" yang berada dalam fikiran Sara tentang apa yang berlaku dalam keluarganya terjawab. Sara dah mula faham. But being a kid, kadangkala Sara buat-buat tak faham.
Dari umur enam tahun sampai sekarang, Sara ada di sisi Mama. Kata orang, through ups and downs. Untuk menyenaraikannya pun Sara tak sanggup. Seakan melukakan diri sendiri. But after going through almost everything with Mama, Mama kata apa tadi? Mama nak menghilang... Tanpa dia? Tidak. Tidak. Sara tak boleh terima kenyataan Mama tadi.
"Suka hati Mama." jawab Sara akhirnya. "Tapi plan Mama nak ke mana?" sambung Sara.
Ya. Sara pendam lagi. Biarlah. Mama yang lebih terluka sekarang ini. Luka dia, apalah sangat.
Comments
Post a Comment