Posts

Showing posts from 2020

Jawapan (sambungan "Kenangan")

Sara rasa best friends tak patut give up on each other. Tapi itu la yang Sara rasa. Dia give up. Banyak perkara yang buat dia give up. Hanya menjadi "kawan yang rumah dia depan simpang tu" walaupun masa itu dah dekat 5 tahun mereka berkawan, Auni yang tak ambil port dengan nasihat-nasihat dia..... Oh! Bercakap pasal nasihat. Ada satu lagi yang buat Sara give up. Auni dan kawan-kawan fake nya. Auni kata dah berapa kali dia found out secara tak sengaja yang kawan-kawan fake nya itu mengata tentang Auni di belakang dia. Sara suruh Auni putuskan persahabatan dengan orang-orang yang fake macam itu sebab tak nak Auni terluka. Tapi lagi sekali, kata-kata Sara ibarat angin lalu. Dah berapa tahun berlalu, Auni masih baik dengan mereka. Sangat baik. Belum dikira small things  yang  selalu Auni cakap atau buat. Kadang Sara rasa Auni ni berlagak. Judgemental sungguh Sara. Tapi Sara diamkan. Layankan ego Auni. Entahlah. Sara cuma mahukan yang baik-baik dan terbaik je untuk kawannya yang s...

Kenangan

"Sebenarnya Sara memang tak nak keluar dengan Auni lagi kan? Sebab tu Sara bagi macam-macam excuse ." Kata-kata Mama petang tadi sambil dia dan Mama menyiapkan makan malam masih terngiang-ngiang di telinga Sara. Ya, Sara memang tak nak berjumpa depan-depan dengan Auni lagi. For the time being. Tahun ini persahabatan dia dan Auni dah mencecah tahun ke-10. Tapi belakangan ini, Sara rasa dia dah tak ada connection dengan Auni lagi. Apa yang Auni ucap atau lakukan, kebanyakannya membuatkan Sara annoyed dan  irritated. Sara pun tak faham kenapa. 10 tahun bukan masa yang sekejap. Banyak kenangan dia bersama Auni. Auni terlalu banyak menolong Sara. Dari mengambil dan menghantar Sara di depan pintu rumah setiap kali mereka nak keluar, bawa Sara "lari" sekejap bila Sara tertekan tak dapat panggilan sambung belajar, tolong Sara buat assignments walaupun Auni berbeza bidang, bawa Sara explore malls yang Sara tak pernah sampai, dan macam-macam lagi. Terlalu banyak memori kalau ...

"Truest"

" Babe. Later at night, can you spare some time for me? Like 10 mins. I want undivided attention. Hahah sorry demanding. " - Sara " I have class tonight, from 8 till 11.  After class boleh? Stay strong 💜 " - Hana Hana. Sara's truest friend . Ya, mereka sedar tak wujud perkataan truest tu. Tapi bak kata Hana, "Kita guna je  for our own term. " Hana je yang tahu dan faham the other side of semua cerita-cerita Sara. The behind-the-scene of Sara's life.  Yang tanpa editing, filtering, etc. Hana yang kenal the true Sara. Jadi Hana sahaja harapan Sara ketika ini. Untuk dia meleraikan sedikit kekusutan di kepala. Sara pun faham yang Hana juga ada kehidupannya sendiri. Tak bermakna Hana dan Sara bersahabat baik, Sara boleh contact Hana bila-bila masa yang Sara suka. Mulanya Sara pun tidak mahu mengganggu Hana. "Everything is still manageable."  bisik hati Sara. Tapi dah berhari-hari berlalu, Sara still can't get over with what's curr...

Hilang

"Kalau bukan sebab banyak penyakit sekarang ni, dah lama Mama pergi bercuti. Menghilang sekejap. Tapi Sara tak boleh ikut." kata Mama tiba-tiba. Memecah kesunyian di dalam kereta. Sara diam. Dia berfikir-fikir sendiri. Seingat Sara, seawal umur enam tahun, Sara dah mula memahami apa yang berlaku di sekeliling dia. Sara ingat lagi ada satu hari, masa itu Sara di sekolah rendah lagi. "Mama beritahu ni sebab Sara dah besar. Sara dah boleh bezakan mana yang baik atau tak." Dan apa yang Mama cerita selepas itu membuatkan hampir semua  "why" yang berada dalam fikiran Sara tentang apa yang berlaku dalam keluarganya terjawab. Sara dah mula faham.  But being a kid, kadangkala Sara buat-buat tak faham.  Dari umur enam tahun sampai sekarang, Sara ada di sisi Mama. Kata orang, through ups and downs. Untuk menyenaraikannya pun Sara tak sanggup. Seakan melukakan diri sendiri. But after going through almost everything with Mama,  Mama kata apa tadi? Mama nak menghilang.....