"Truest"
"Babe. Later at night, can you spare some time for me? Like 10 mins. I want undivided attention. Hahah sorry demanding." - Sara
"I have class tonight, from 8 till 11. After class boleh? Stay strong 💜 " - Hana
Hana. Sara's truest friend. Ya, mereka sedar tak wujud perkataan truest tu. Tapi bak kata Hana, "Kita guna je for our own term." Hana je yang tahu dan faham the other side of semua cerita-cerita Sara. The behind-the-scene of Sara's life. Yang tanpa editing, filtering, etc. Hana yang kenal the true Sara. Jadi Hana sahaja harapan Sara ketika ini. Untuk dia meleraikan sedikit kekusutan di kepala.
Sara pun faham yang Hana juga ada kehidupannya sendiri. Tak bermakna Hana dan Sara bersahabat baik, Sara boleh contact Hana bila-bila masa yang Sara suka. Mulanya Sara pun tidak mahu mengganggu Hana. "Everything is still manageable." bisik hati Sara. Tapi dah berhari-hari berlalu, Sara still can't get over with what's currently happening dalam keluarga dia. Sampai termimpi-mimpi Sara jadinya. Itu yang Sara ambil keputusan untuk contact Hana. "I need to get things out of my head and heart."
Harapan Sara, selepas bercerita kepada Hana malam nanti, hilanglah sebal di hati dan kekusutan di kepala Sara. "Hana always have the right words to say." kata Sara sendiri. Tengoklah Whatsapp tadi pun. Sara belum cerita apa-apa lagi tapi Hana dah minta dia untuk stay strong. Macam faham-faham yang Sara sedang cuba untuk kuat.
"Till jannah, in sya Allah." doa Sara dalam hati. Moga persahabatan dia dan Hana berkekalan.
Comments
Post a Comment